Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Wednesday, 24 November 2010

zamri/idham meninggal dunia

aku dpt berita mengejutkan dr kak suzi semalam bilamana dia bgtau aku zamri meninggal dunia... tepat 8mlm pada 22/11/2010... semasa dia meninggal tu aku berada di melaka holiday n makan2 bersama keluarga mertua...

Lebih mengejutkan aku bilamana dapat tahu yg dia sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak..

betapalah dia menipu aku selama ini.... dan sudah byk wanita2 yg dia tipu... tak pernah aku jumpa lelaki sejahat itu.... Namun biarpun dia menipu aku... aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.. siapalah aku yg tidak boleh memaafkan orng lain.. tetapi penipuan dia kepada aku amat aku terasa.. hanya tuhan yg tahu perasaan aku disaat ini...

Patutlah selama ini aku tiada perasaan cinta kepadanya.. sebelum aku kenal suamiku.. dia selalu meluahkan kata2 cinta kat aku... sanggup melamar aku.. nasib baik aku tidak menjadi mangsanya.. Ya allah.. aku bersyukur kau selamatkan aku dr lelaki yg jahat seperti itu...

Rupanya kau berikan aku seorang malaikat yg mampu menjaga aku... aku bersyukur kau berikan aku meminjam suamiku.. Sehingga aku bisa melupakan semua lelaki lain yg hadir dlm hidup aku selama ini... aku berharap.. cinta yg kau berikan kepada kami akan kekal hingga akhir hayat... Betapa aku terlalu menyintai suamiku dan kau berikanlah kami zuriat2 yg soleh solehah...

besday

happy besday ila... happy besday ilaa.. happy besday ila... heppy besday ilaa.....

Inilah lagu yg dinyanyikan oleh suamiku semalaman ini.... Hanya ungkapan sayang dan peluk cium yg hinggap di pipiku.... Aku dah tahu.. kalau besday aku.... apa aku minta abg cuba tunaikan... dan sedaya usaha dia cuba membahagiakan aku....

Betapa bertuahnya aku bergelar isteri kepada azhar ramli...

Aku sambut besday malam ni dengan along dan suamiku.. kenangan indah ini akan kupahat dlm diary hidupku yg dihadiahkan oleh suamiku sebentar tadi...... Sayang... sesungguhnya.. aku terlalu menyintai dirimu.. sedalam mana cinta kamu terhadap aku.... sukar utk aku temui cinta baru andai kata kau pergi dulu dariku...

YA ALLAH... betapa bersykurnya aku dgn pemberian rezekimu selama ini.. kau sentiasa berikan yg terbaik utk aku dan suami...

Aku pohon ya allah... kau berikanlah aku dan suamiku zuriat... biarpun hanya seorang... itu bukti utuh cinta kami... hidup kami walaupun bahagia, namun kami terasa sunyi tanpa kehadiran malaikat kecil yg boleh menceriakan hari2 kami... Ya ALLAH... betapalah aku memohon padaMU.. hanya kau lah yg mampu berikan semua itu.. tiada yg lain hanya KAU... AlLAh S.W.T...