Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Monday, 8 November 2010

Ilmu forex utk aku study

3.1 US Dollar
US Dollar dikenali sebagai Raja kepada matawang dunia. Hampir semua negara menyandang matawang mereka dengan US Dollar termasuk juga komoditi seperti emas dan minyak. Negara US adalah sebuah negara yang mempunyai deficit kerana negara ini banyak mengimport daripada mengeksport.
US Dollar sangat sensitive dengan indicator ekonomi seperti GDP, Employment Rate dan Interest rate. Maklumat daripada indicator tersebut akan memberi kesan langsung kepada US Dollar. US Federal Reserve bertindak sebagai bank pusat yang mengawal ekonomi dan inflasi negara US.

3.2 EURO
Matawang Euro adalah gabungan EuroZone yang terdiri daripada 15 buah Negara Eropah kecuali United Kingdom. Euro diwujudkan pada tahun 1999 sebagai mengawal dominasi US Dollar dalam pasaran matawang.
Perdagangan Euro banyak antara sesama negara Euro juga dan negara US. Namun begitu disebabkan Euro adalah gabungan beberapa negara ini akan memberi kesan kepada Euro sekiranya ada negara dalam Euro ini mempunyai masalah ekonomi negara seperti yang dialami oleh Greece sekarang. European Centre Bank adalah bank pusat yang bertanggunjawab mengawal inflasi negara Euro.

3.3 Pound Sterling
Matawang pound sterling ada matawang negara United Kingdom. Namun begitu keadaan ekonomi di negara-negara Euro akan memberi kesan kepada ekonomi UK juga adalah disebabkan bentuk ekonomi kedua-dua negara ini sama dan kedua-dua negara banyak berdagang sesama mereka.
UK juga dikenali sebagai negara pengeluar tenaga (Energy Producer). Walaupun UK mempunyai sumber tenaga yang terhad tetapi UK masih mampu menjadi pengeluar tenaga yang utama selain daripada Canada. Kenaikan harga sumber tenaga seperti minyak dan gas akan menyebabkan kenaikan ekonomi UK.

3.4 Yen
Jepun adalah negara ekonomi kedua selepas US. Negara Jepun mempunyai nilai eksport yang lebih tinggi berbanding nilai import. Trade balance Jepun sentiasa dalam keadaan surplus. Namun begitu, Jepun mempunyai sumber bumi yang sangat terhad. Hampir 100% sumber tenaga daripada minyak dan gas diimport dari luar.
Kadar inflasi negara Jepun adalah tinggi berbanding dengan negara-negara lain namun begitu ekonomi nya tidak pernah lumpuh. Bank of Japan adalah bank pusat bagi negara Jepun yang bertanggungjawab terhadap kadar faedah negara tersebut.

3.5 Australia Dollar
Australia dikenali sebagai sebuah negara komoditi kerana sumber utama pendapatan negara adalah melalui sector komoditi seperti perlombongan emas, perternakan dan pertanian. Kenaikan harga kepada komoditi akan memberi kesan kenaikan kepada ekonomi Australia.

3.6 New Zealand Dollar
New Zealand juga dikenali sebagai Negara komoditi dan mempunyai ekonomi yang sangat mirip dengan ekonomi Negara Australia.

3.7 Canada Dollar
Canada juga adalah Negara komoditi. Canada mempunyai simpanan sumber tenaga yang banyak seperti minyak dan gas. Canada juga mempunyai pertanian, perternakan dan perlombongan emas. Bank of Canada adalah bank pusat yang bertanggungjawab mengawal inflasi negara tersebut.

3.8 Swiss Dollar
Switzerland dikenali sebagai Negara bank. Switzerland mempunyai ekonomi dan matawang yang stabil. Kestabilan ekonomi amatlah pentingan bagi Switzerland bagi menarik minat penyimpan ke dalam bank negaranya. Matawang Switzerland juga dikenali sebagai matawang “safe haven”. Switzerland Nasional Bank bertanggungjawab mengawal inflasi negara ini.

Saturday, 6 November 2010

5/11/2010 Pi Makan angin ke melaka

semalam aku pi melaka nak pi jumpa awek abg yik... .. so, abg yik , amat dan mat yie join kami... kat sana kami seronok sangat.. aku seronok sbb bersama suami tersayang... tapi kami sedikit boring tengok gelagat abg yik dan kak na.... berpeluk tak kira tempat..Abg aku tak minat sgt ngan cara kak na... sbb dia tak pandai berborak ngan orang... lagi satu muka dia garang jerrr... sikap dia pun garang... Abg cakap kat aku... orang melaka memang punyai sifat garang.. yg tak tahan dia ajar aku suruh menipu mak dia.. aduhhh.. kelam kabut aku... serius aku bgtau.. klu nak tipu org.. mulut aku tergagap2...

mak dia punyerlah garang.. ada ke patut dia marah kat aku bawak anak dia pi jalan2 ke melaka.. sepatutnya dia marah kat anak diaa laa.. bukan aku.. Tapi mak dia ni pun satu... agak2 laa nak kongkong anak.. kak na tu dah masuk usia 30tahun.. dia ada kehidupan sendiri.. takkan laa nak ke bandar pun kena bawak mak jugak.. dia pun nak ada kehidupan sendiri... Aku tahulah anak dia janda... tapi kalau terperap je kat rumah.. mcm mana anak dia nak cari calon baru.. kesian laa kat anak tu.. dia pun nak ada keluarga sendiri.. tua2 nanti sapa nak jaga dia kann... ermmmm.. susah nak cakap bila terjadi hal mcm ni...

Tapi hubby aku bengang gilerr... tak pasal2 org nak marah bini dia.. aku tak bersalah pun.. manalah aku tahu anak dia yg nak keluar... Hubby aku kata.. lepas ni malas dah pi jumpa kak na tu.. melainkan bila abg heri kata nak pi minang... tapi aku lak rasa malas nak pi jika diaorang bertunang... Kalau dapat kakak ipar mcm adikku siti kan ok gak..biarpun gediks2.. tapi still ramah.. Ni langsung tak nak ckp ngan aku...

Kat bawah ni aku abadikan kenangan aku da suami kat sana... Love u my love...


abang yik dan awek


My love

Produk baru lagii.. gilerrrrr

Hari ni aku makan satu lagi produk baru utk slim.. lebih murah dan lebih cepat slim berbanding RX lite dan Jus mate 5.. Aku try dulu.. Sekotak 20sachet baru rm60.. klu mate 5 rm150... Aku nak cuba dulu yg baru ni.. rasa dia pun sodap... strawberry gitu.. sebijik rasa cam minum ribena... layannnnnnnnnnnnnnn

Thursday, 4 November 2010

Abang.... ila boring sangat hr ni..

Hr ni aku melalui hr yg cukup memboringkan.. akaun duk floating -300pip.. yg tu aku tak heran sgt... tp aku boring sgt sbb hidup rasa sunyi jerr hr ni... Aku lak sakit kepala... dah 3 hari sakit kepala... malam kelmarin aku mimpi aku berada di depan kaabah.. ya allah.. betapa aku merindui rumahmu.. nak tunggu bulan march ni terasa terlalu lama... tak sabar tunggu march utk aku beribadat lagi di mekah... Ya allah... murahkanlah rezekiku semoga tercapai impianku kesana lagi utk tahun depan..

Aku sedikit gembira sebb berat badanku dqah turun 10kg dengan minum Jus mate 5 .. tp sebelum tu aku minum RX lite.. Ni gmbar aku setelah turun 10kg



Wednesday, 3 November 2010

Abang naik gaji

abang bgtau boss dia... dia nak tukar department... boss dia tak bagi.. dan boss dia buat perancangan untuk naikkan gaji dia lagi rm1500... Alhamdulillah... lepas ni gaji abg semakin besar.. kenaikan sebanyak rm1500 dah cukup besar.. baru jer 5bulan lepas gaji abg naik sbyk RM1000.. skang ni gaji abg dah dekat 5k.. Murah rezeki abg aku... beruntung kalau jadi seorang yg jujur dan tidak pernah mambantah ... itulah sifat mulia yg ada pada suamiku...

Ini bermakna pendapatn abg sebulan dlm 5k.. jika plus income forex dia... insyaallah dah banyak tu... Aku bersyukur ya allah... jazakallahhukhairan khashironn..

Bunga tulips ni khas utk suamiku...