Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Thursday, 16 December 2010

Perjalanan umrahku yg ke 2 pd 2011 nanti bersama al mukminin

Tarikh : 21/3 - 02/4 /2011 (13h/11)
Pakej penuh : RM 4,590 (4 sebilik)
Flight : Air Lanka

HARI 01-02 : KUL – CMB – JED - MADINAH 21/3 – 22/3
Berkumpul di KLIA pada jam 1.50 petang (3 jam sebelum berlepas).Jemaah akan menaiki kapal terbang menuju ke SRI LANKA. Tidur semalam di sana dan dijangka terbang pada keesokan hari jam 03.10 petang dan sampai di Jeddah pada pukul 06.50 petang. Selesai segala urusan imigresen, jemaah akan dibawa menuju ke Madinah.

HARI 03 : MADINAH 23/3 (sp.mt,mm)
Jemaah dijangka tiba jam 3pagi dan dibawa ke hotel untuk check-in. Selesai solat subuh jemaah wanita akan dibawa ziarah dalam Masjid Nabawi, melawat Maqam Nabi dan Raudhah. Jemaah lelaki dibawa ziarah dalam Masjid Nabawi, melawat maqam nabi, Mimbar Nabi, Mihrab Nabi dan sekitar raudhah.

HARI 04 : MADINAH 24/3(sp.mt,mm)
Jemaah akan dibawa ziarah ke Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Shuhada, kilang mencetak Al-Quran Masjid Tujuh dan akhir sekali ke Pasar Kurma.

HARI 05 : MADINAH 25/3(sp.mt,mm)
Acara bebas
HARI 06: MADINAH –MAKKAH 26/3(sp.mt,mm)
Selepas solat jumaat,jemaah berangkat ke Makkah dan singgah di Bir Ali untuk niat umrah. Di Makkah selepas jemaah mendapat bilik masing-masing, jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk meneruskan ibadah umrah dengan dipimpin oleh Mutawwif.

HARI 07 : MAKKAH 27/3(sp.mt,mm)
Acara bebas

HARI 08: MAKKAH 28/3 (sp.mt,mm)
Jemaah dibawa menziarahi iaitu melawat Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzdalifah, Mina (3 Jamrah), Jabal Nur dan akhir sekali ke Masjid Jaaranah. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh bermiqat dan berniat umrah di sini.

HARI 09 : MAKKAH 29/3 (sp.mt,mm)
Acara bebas.

HARI 10 : MAKKAH 30/3 (sp,mt,mm)
Jemaah akan dibawa minum susu unta di ladang unta, meneruskan perjalanan menuju ke Hudaibiyah. Kembali semula ke Makkah, jemaah dibawa melawat ke Muzium Makkah dan Kilang membuat Kelambu Kaabah (jika diizinkan).

HARI 11: MAKKAH 31/3(sp.mt,mm)
Acara bebas.

HARI 12 : MAKKAH - JED - CMB 01/4 (sp.mt,mm)
Selepas zohor check out hotel dan jemaah melakukan tawaf Wada’ dan selepas itu jemaah akan bertolak ke Jeddah. Di Jeddah jemaah akan di bawa melawat di sekitar Jeddah sebelum dibawa menuju ke Lapangan Terbang. Jemaah menaiki pesawat dan transit sebentar di Colombo.

HARI 13 : CMB - KLIA 02/4
Insyallah jemaah akan sampai ke Kuala Lumpur jam 1.30 petang. Semoga Allah memberikan taufiq & hidayah serta umrah yang mabrur kepada semua jemaah Amin…….

PENGINAPAN:
HOTEL DI MADINAH : FAYROOZ SHATTA @SETARAF
HOTEL DI MAKKAH : QASRUL FAISAL@SETARAF

*NOTA: HARGA,TARIKH DAN ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PINDAAN

HARGA PAKEJ TERMASUK
ü Tiket kapalterbang kelas ekonomi.
ü Cukai dan insuran Lapangan terbang.
ü Pengangkutan darat (seperti aturcara).
ü Makan & minum
ü Lawatan seperti aturcara.
ü Perkhidmatan Mutawwif.
ü 10 Liter Air Zam-Zam.
ü 1 bag passport, 1 bag sandang dan 1 buku panduan umrah.


HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
* Apa-apa perbelanjaan yang tidak terdapat di atas.
* Tips untuk pemandu pelancong, pemandu dan potter.
* Lebihan bagasi.
* Perbelanjaan peribadi spti telefon, dobi dan sebagainya
* Lawatan ke Taif.
* Insuran perjalanan RM 45.00 Takaful Ikhlas

TEMPAHAN DAN KETERANGAN SILA HUBUNGI
UST AZHAR : 010 – 220 5436
HJ MOKHDZAR : 016 – 268 7272

Saturday, 27 November 2010

pengalaman di vietnam hari ke 2

Pada hari ini.. Aku sedar utk solat subuh pada jam 5pagi.. subuh disini jam 4.30am... dan syuruk pada jam 5.53...Alhamdulillah aku dapat subuh dengan tenang di bumi vietnam...

Kami breakfast sekitar jam 7am.. aku turun kebawah utk makan.. menu hr ni rasa was2 nak makan.. bukan apa.. aku takut ada tercampur dgn minyak2 yg tidak halal... aku cuma makan sayur rebus dan minum kopi... Ada juga bubur nasi kosong aku mkn ngan syur rebus... Lunch dan dinner Minah yg masakkan..of course halal sbb dia pun islam... ISLAM CAPAR... iaitu org islam di vietnam...Breakfast pg pihak hotel yg masak.. sbb tu was2 sikit..

After mkn kami dibawa ke chuchi tunnel.. perjalanan kami adalah selama hampir 2jam dari ho chi minh city...sepanjang perjalanan.. kami dihidangkan dengan permandangan sawah padi dan pokok getah...perumahan di sekitar ini lain dr malaysia.. rumah mereka kecil tetapi panjang ke belakang.. pelik dan perak gak aku melihatnya.. byk photo2 rumah mereka yg aku snap..

Sepanjang perjalanan.. aku dan hubby byk berborak hal2 bumi vietnam... sempat hubby bersyukur krn kami smpai kesini..dan bermohon agar perjalanan kami pergi balik selamat..

Sampai sahaja di cuchi tunnel.. kami dibawa melawat tunnel yg ada disana.. aku kagum melihat peralatan mempertahankan diri yg mereka ada.. walaupun benda itu adalah simple sahaja.. tp mampu menghancurkan daging musuh yg masuk atau terkena perangkap samar mereka..

Memang wajarlah mereka berdendam dgn puak amerika... aku sempat tgk bagaimana seksanya hidup mereka mempertahankan diri dgn bersembunyi di dalam tanah tersebut,,,.
Selesai kami melawat area chuci.. kami sempat lagi shopping2 barang perhiasan sana utk kenang2ngan di malaysia..aku sempat beli sedikit hiasan rumah dan ambil gambar piring : love memory in VIETNAM 2010.. harga dlm 100000dome...

Selepas itu kami lunch bihun yg disediakan oleh family minah... oklah masakan depa..lebih kurang malaysia juga..Lunch makan bihun.. patutlah kurus2 org vietnam ni... slim2 sahaja...

Kemudian kami dibawa ke Museum di vietnam utk melihat sejarah yg ditinggalkan oleh orang2 amerika daulu... tagis betul apa yg aku lihat.. dapat aku lihat dimana tmpat mereka memotong kepala manusia dan tmpat mereka menyeksa orang vietnam... Mujurlah aku tiada di zaman itu.. terus rasa bersyukur dilahirkan di bumi malaysia yg tercnta..ada masa.. nanti aku upload gmbar2 tersebut..

Seterusnya aku bersembahyang di tangga museum yg agak tersorok sdikit... tmpat orang biasalah tiada tmpt utk bersolat..jadi aku jadikan tangga sebagai tmpat aku dan suami bersolat... tiba2 terasa tenang dan mudah perjalanan kami setelah kami berjya menunaikan rukun islam yg ke dua..ALHAMDULILLAH... Walaupun di tangga tersebut ada bau hancing disebabkan sebelah tandas.. tp kami redha.. itu sahaja tmpat yg ada utk kami...

lebih kurang jam 4ptg.. kami bertolak ke hotel semula.. diberi masa 2 1/2jam utk berehat... dan kami makan petang nasi lauk ikan dan sayur kacang... beserta sambal belacan... sedap jugaa..aku smpai menambah nasi.. punyerlah sedap..

Selepas itu aku dan suami buat aktiviti sendiri.. aku ajak suami shopping.. Malam ni aku habis shopping dlm rm450..aku beli macam2.. semua perhiasan rumah.. pakaian aku langsung tak beli.. aku utamakan benda dlm rumah sahaja dahulu.. kerana itu kenangan yg akan aku abadikan smpai bila2 pun,,,

Lebih kurang 2jam shopping.. aku hantar barang ke hotel dan turun alik.. aku dan hubby lepak2 di bandar ho chi minh melihat gelagat anak muda sini... diaorang dating peluk2 secara umum... tapi tindakan tidak keterlaluan hanya peluk sahaja.. tidak bercium...Apa yg aku nmpak budaya disini lebih selamat berbanding indonesia.. kalau disini.. jarang nampak anak2 muda melepak minum arak.. aku tk pernah nmpk.. dan jarang pula yg merokok.. so far bagus berbanding indon..

Sedang aku lepak2.. tiba2 suami mencium pipi aku.. dia kata.. kat sini orang tak layan punyer.. selepas mendapat ciuman free dari suami di tempat umum... aku pun bergerak untuk pulang ke hotel... Ya allah.. bahagia sungguh rasanya... meredah kedai2 disini.. suami tidak lepas memimpin dan merangkul bada aku.. demi keselamatan.. rasa cam baru2 bercinta rasanya...LOVE U sayang...

Sampai sahaja d hotel.. aku berkemas barang2 utk check out awal pagi esok... Semua aku setlekan dlm masa sejam.. dan skang aku ambil masa utk coretkan kenangan aku disini pd hr ini...

Kenangan hari ini yg betul2 buat aku teruja ialah bilamana mendapat kucupan manja suami dipipiku.. betul2 di tengah bandaraya HO CHI MINH....

Ya allah.. aku bersyukur dgn rezeki yg kau pinjamkan padaku... berilah aku peluang untuk ke PARIS pada tahun2 yg akan datang... ALAHNDULILLAH YA ALLAH

Friday, 26 November 2010

pengalaman di vietnam

Hari ni aku bertolak ke vietnam.. penerbangan adalah seawal jam 9.10am dan smpai di ho chi minh sekitar jam 10.05am waktu vietnam... perjalanan mengambil masa 1jam 50minit...Di dalam flightaku duduk di sebelah amoi vietnam dan my hubby... aku menghabiskan masa dgn membaca paper metro yg dibeli oleh abg... sambil berborak2 utk plan nak beli sebiji lagi rumah... tiba2 stewardes mengumunkan kapal akan mendarat. terasa cepat perjalanan disebabkan hubby ada sebelah...

Sesampai di ho chi minh kami disambut oleh tour guide yg bernama minah... lucu kan nama dia... Minah pandai berbahasa melayu terengganu dan tidak pandai berbahasa english...

Kami dibawa ke hotel tan leong thong di bandar ho chiminh.. sesampai disini.. kami disuruh naik kebilik dan diberi masa 1jam untuk bersiap mandi dan stanby for lunch... duk sini aku terpaksa cancel diet.. sbb nanti kat luar sukar mencari makanan halal sekiranya aku tidak makan siap2...
After lunch kami dibawa ke sebuah pasaraya nama...... ( aku lupalah.. vietnam nyer bahasa) .. aku tidak beli apa2 pun melainkan beli 1 pasang baju tidur yg teramatlah seksinya.. abg yg suruh beli.. katanya itu hadiah utk dia... hehhehe.. aku fhm maksud tu...

Apa yg merumitkan disini.. jurual langsung tk pandai berbahasa english dan BM.. sukar giler aku nak comunicate... bila aku tanya how much?? selamba jer dia ambil kertas dan tulis nama dia.. gelak sakan aku.. nak terkencing dibuatnya.. lawak siotttttttttttt.....

Yg lagi lucu... muka2 diaorang ni mcm takut jer bilamana nmpak kami nak masuk kedai depa...ada yg siap angkat tangan smbil geleng2... pening aku dibuatnya... kat sini kena beli barang borong.. baru boleh dapat hrga murah.. that why aku tk berbelanja...

Selepas hmpir 4jam.. kami pulang semula ke hotel... dan kami bersiap2 utk shopping belah malam pula... tour guide bg masa utk kami 1 1/2jam utk solat n mandi... aku buat jamak qasar... utk magrib dan isyak.. zohor n asar pun aku jamak qasar juga... Ini adalah salah satu sifat yg aku puji dlm diri aku... walau kemana aku berada.. tidak pernah aku meninggalkan solat... syabas ilaa...even tk de surau sekalipun.. aku pasti solat biarpun berlapikkan plastik..

After dinner sekitar jam 7mlm.. aku dan group dibawa shopping sekitar bandar ho chi minh... banyak jugak aku shopping.. semua utk family2 aku dan family suami...Happy rasanya bila dah selesai shopping utk family.. esok lusa aku shopping utk diri sendiri pulaa..

Total shopping dlm sejuta lebih juga.. hampir RM300...Hanya utk family shaja... oklah tu kann... tk de laa tamak sangt.. tk smpai usd100 lagi..

Habis shopping aku pulang ke hotel.. dlm perjalanan pulang ( jalan kaki ).. sempat beli buah2an... segar buah2 disini.. dan punyalah besar2...buah pelam sebesar buah betik yg besar tu... perghhhh... sebijik pun hmpir rm8.... sebijik tu = 1kg... bayangkannn... Buah cikgu pula sebiji 700gram.. punyer besar..

Sampai je di hotel.. borak2 ngan abg.. smbil2 makan buah... dan sebelum tidur.. aku sempat urut kaki suamiku.. kakinya lenguh kuat berjalan... nasib baik aku bawa massage elektronik... memudahkan kerja aku...

Esok aku akan ke uchi tunnel... dan aku akan menceritakan apa yg berlaku disana esok...

Ya allah.. terima kasih kau berikan rezeki ini kepada hambamu.. tanpamu mungkin aku tidak sampai ke sini... ALHAMDULILLAH ya allah.. aku amat2 bersyukur