Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Thursday, 7 October 2010

Pengalaman Umrah 7/9/2010 - 20/9/2010

Dah lama aku tak update blog ni... kat sini aku nak criter sikit pengalaman aku mengerjakan umrh tempohRI...Hanya allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku kerana menjadi tetamu allah pada kali ini... Alhamdulillah perjalanan kami tiada masalah... kami bertolak ke KLIA dalam jam 12 tghari... dan akan fly ke Jeddah sekitar jam 3.20pm...

Aku bersama group excellent harmony di bawah pimpinan travel muhammadiyah travel & tour. kami selamat sampai di jeddah sekitar jam 6.30ptg waktu jeddah..time malaysia 11.30mlm.. disebabkan kami bertolak dalam bulan ramdhan.. maka aku, suami dan nenek berpuasa selama 16 jam untuk hari itu.. Tuhan sahaja yang tahu betapalah kami lapar time tu.. sebab buka puasa jam 12 mlm time malaysia... namun aku tetap bersyukur...

Sesampai di jeddah.. kami berhenti untuk berbuka puasa dgn bekal yg diberikan oleh pihak MAS... sehingga ke hari ini aku masih simpan coklat ferrero rocher yg diberi.. aku tak minat sgt coklat...Kami makan beralaskan lantai di bahagian imegresen... namun kami amat bersyukur kerana dapat mkn dgn tenang...

Selepas selesai urusan imegresen kami mengalami kesulitan untuk ke Madinah.. kerana bas yang disediakan oleh pihak agency tidak muat.. Kesilapan ini berlaku kerana pihak tour team tak buat kerja ngan bagus.. group kami terkandas sbb kami group paling kecil..Namun.. dgn izin allah.. kami dapat juga naik bas tapi group kami terpaksa berpisah...

Sampai di perhentian Sekitar jeddah.. kami tuurn dan singgah makan nasi arab.. sedapppppppppppp sangat.. biarpun tak de kuah.. namun nasinya rasa lain dari lain.. mgkin ini nikmat yang allah beri kepada kami setelah kami berpuasa selama 16 jam.. Perjalan ke madinah menyebabkan aku batalkan diet aku seketika.. kerana aku tidak mahu menolak sebarang pemberian rezeki yg telah diberi oleh allah...sesampai di bumi madinah.. mutawwif kami mengatakan yang kami sekarang ini berada di tempat nabi muhammad saw.. Sebut sahaja nama nabi... aku dan hubby menangis semahu2nya.. Ya allah.. kami bersyukur. akhirnya kami sampai di sini.. dan kami akan berjumpa dgn Makam nabi.. Ya allah... kenapa air mata ini tidak boleh dihentikan.. aku terus menangis.. terasa seperti Nabi muhammad sedang memerhatikan aku.. aku rindukan nabiku.. aku rindukan nabiku.. aku rindukan nabiku... Sekuat manapun suamiku menahan air mata.. namun ia tumpah juaa... aku terus menangis dan menangis.. Hanya bahu suamiku menjadi tempat aku melepaskan kesedihanku... Ya allahhh.... kau sahaja yg faham perasaanku di saat ini...

Selepas hampir 6 jam perjalanan.. kami sampai ke hotel yang akan kami tinggal.. kami diturunkan di hotel crown lebih kurang 120mtr dr masjid nabawi..... Kami ke kaunter utk tanya number bilik..dimaklumkan nama kami tiada disitu... ya allahh... dugaan pertama kami amat menakutkan kami... Dan dimaklumkan semua beg2 kami tiada di hotel yang kami singgah... Kami masih ingat.. sebelum naik bas tadi.. beg2 kami diletakkan dalam bas yang berlainan... dalam masa sama.. group kami semua terpisah.. nasib baik aku, hubby, nenek dan kak mus join 1 bas... aku istighfar banyak2.. ya allah... permudahkanlah urusan kami disini.. tunjukkanlah kami jalan2 yang lurus.. ampunilah dosa2 aku dan suami ku.. bantulah kami ya allah.. tak henti2 aku berdoa.. hubby suruh aku solat subuh dahulu.. disebabkan tiada bilik... aku solat di hadapan lobi sahaja.. berlapikkan kain serban hubby.. kerana sejadah kami semua ada dlm beg besar..

Selesai solat.. hubby beri cadangan.. kita kena masuk semua hotel disini dan cari nama kita ada di hotel mana.. aku syorkan kak mus jaga nenek.. aku dan suami pergi cari hotel.. group kami ntah kemana... aku dan hubby masuk ke 5 buah hotel dan bertanya di kaunter... nama kami ada tak dalam senarai hotel yg tersebut... namun.. semuanya hampa.. nama kami tiada... apa yg lebih merisaukan.. beg2 kami semua tidak dijumpaian.. setelah hampir 3jam kami mencari hotel kami.. kami sedikit putus asa.. dan kami rehat.. sbb jarak antara satu2 hotel boleh tahan jauhnya.. aku berdoa lagi dan terus berdoa.. ya allah... permudahkanlah urusan kami disini.. ampunilah dosa2 kami...

Sedang kami rehat.. tiba2 mutawwif dari group lain suruh kami ikut mereka pergi ziarah ke jabal uhud.. Kami terasa malas pergi kerana beg dan hotel masih belum jumpa.. hubby kata.. baik kita pergi.. manalah tahu nanti kita jumpa balik group kita.. aku pun mengiyakan sahaja.. kiranya kami sahaja yang tidak mandi... group lain semua dah mandi dan tukar baju.. cuaca time ni sudahlah 52c ... tuhan saja yg tahu betapa panasnya kami dgn tidak mandi lagi.. mujurlah bumi madinah panasnya kering... sekurangnya kami tak berpeluh..dan setiap peluh disana tidak berbau.. itulah nikmatnya berada di bumi allah..

akan bersambung....