Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Ku abadikan kenangan2 di Oversea

Monday, 15 November 2010

shopping raya AIDILADHA 2010...

Malam ni aku pi shopping raya.. semangat sikitlah nak shopping sebb hari tu beraya di mekah.. ni nak berasa raya di rumah sendiri... Ini adalah 1st time beraya di rumah sendiri.. selalunya raya rumah mak atau rumah mertua sahaja. Kali ni mertua aku dan adik beradik mai rumah aku kat klang ni... seronok rasanya bila ramai2 berkumpul...

Aku shopping tadi habis RM181.++ ... tapi masih banyak yg takde sebb kat tesco barang2 semua habis.. gaya2 nak beraya... esok terpaksa rush ke pasar pagi nak dapatkan ayam...

Menu yg aku nak masak raya Haji ni... masak sendiri jerr... sbb jemputan tk ramai punn..

Laksa Penang 4.39
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21
Hits: 7045 Rating: 4.39 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
1 kg laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai (diketuk) 4 liter air
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
Garam secukup rasa
Cara:
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.

Rendang Ayam 5.50
Sumber: Buku Resepi Selera Perantau
Hits: 2232 Rating: 5.50 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1 ½ gelas santan pekat dari 1 peker santan serbuk
½ cawan minyak masak
1 cawan kerisik
10 biji cili kering 10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
½ camca kecil asam jawa
1 hiris lengkuas
3 ulas bawang putih
1 camca kecil garam
Cara:
Ayam dipotong kecil-kecil dan direbus sehingga separuh empuk. Cili kering, lengkuas, bawang merah dan bawang putih digiling hingga lumat. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah digiling tadi hingga naik bau. Kemudian tuangkan sedikit air sambil dikacau hingga rata. Masukkan santan, ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit kemudian masukkan kerisik dan kacau hingga kering betul.


kuah kacang pantai timur 10.00
Kiriman: zubaidah abdullah
Sumber: bonda
Hits: 870 Rating: 10.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
Kuah kacang -
1 kg kacang tanah - goreng

bahan blender -
¼ kg bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
10 biji cili kering

Santan (dari 3 biji kelapa)
garam secukup rasa
½ potong nisan(gula melaka)

nasi impit -
2 cupak beras gred A
Cara:
Kuah kacang

Goreng kacang tanah hingga masak, kemudian angkat dan biarkan dalam segenggam, goreng biar hitam. tumbuk kacang tanah atau blender tetapi jangan terlampau halus. kacang tanah yang segenggam tadi tumbuk separuh hancur.
masukkan kedalam periuk bersama bahan blender, santan, nissan, garam masak biar pecah minyak dan pekat.


Nasi impit

Basuh beras, pastikan paras air setinggi jari tengah. setelah nasi kering, kecilkan api. sejukkan. masukkan kedalam periuk lain yang dilapik dengan daun pisang. tekan dengan benda berat seperti lesung batu. biarkan.

14/11/2010.. MAKAN STEAMBOAT LAGI

Aku period hari pertama... Abang pula sakit perut hari ke 5...

Aku dan abg gi makan steamboat kat seksyen 23... sabtu semalam usop dtg rumah.. fendi ngan wife dia dtg gak..