Tarikh : 21/3 - 02/4 /2011 (13h/11)
Pakej penuh : RM 4,590 (4 sebilik)
Flight : Air Lanka
HARI 01-02 : KUL – CMB – JED - MADINAH 21/3 – 22/3
Berkumpul di KLIA pada jam 1.50 petang (3 jam sebelum berlepas).Jemaah akan menaiki kapal terbang menuju ke SRI LANKA. Tidur semalam di sana dan dijangka terbang pada keesokan hari jam 03.10 petang dan sampai di Jeddah pada pukul 06.50 petang. Selesai segala urusan imigresen, jemaah akan dibawa menuju ke Madinah.
HARI 03 : MADINAH 23/3 (sp.mt,mm)
Jemaah dijangka tiba jam 3pagi dan dibawa ke hotel untuk check-in. Selesai solat subuh jemaah wanita akan dibawa ziarah dalam Masjid Nabawi, melawat Maqam Nabi dan Raudhah. Jemaah lelaki dibawa ziarah dalam Masjid Nabawi, melawat maqam nabi, Mimbar Nabi, Mihrab Nabi dan sekitar raudhah.
HARI 04 : MADINAH 24/3(sp.mt,mm)
Jemaah akan dibawa ziarah ke Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Shuhada, kilang mencetak Al-Quran Masjid Tujuh dan akhir sekali ke Pasar Kurma.
HARI 05 : MADINAH 25/3(sp.mt,mm)
Acara bebas
HARI 06: MADINAH –MAKKAH 26/3(sp.mt,mm)
Selepas solat jumaat,jemaah berangkat ke Makkah dan singgah di Bir Ali untuk niat umrah. Di Makkah selepas jemaah mendapat bilik masing-masing, jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk meneruskan ibadah umrah dengan dipimpin oleh Mutawwif.
HARI 07 : MAKKAH 27/3(sp.mt,mm)
Acara bebas
HARI 08: MAKKAH 28/3 (sp.mt,mm)
Jemaah dibawa menziarahi iaitu melawat Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzdalifah, Mina (3 Jamrah), Jabal Nur dan akhir sekali ke Masjid Jaaranah. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh bermiqat dan berniat umrah di sini.
HARI 09 : MAKKAH 29/3 (sp.mt,mm)
Acara bebas.
HARI 10 : MAKKAH 30/3 (sp,mt,mm)
Jemaah akan dibawa minum susu unta di ladang unta, meneruskan perjalanan menuju ke Hudaibiyah. Kembali semula ke Makkah, jemaah dibawa melawat ke Muzium Makkah dan Kilang membuat Kelambu Kaabah (jika diizinkan).
HARI 11: MAKKAH 31/3(sp.mt,mm)
Acara bebas.
HARI 12 : MAKKAH - JED - CMB 01/4 (sp.mt,mm)
Selepas zohor check out hotel dan jemaah melakukan tawaf Wada’ dan selepas itu jemaah akan bertolak ke Jeddah. Di Jeddah jemaah akan di bawa melawat di sekitar Jeddah sebelum dibawa menuju ke Lapangan Terbang. Jemaah menaiki pesawat dan transit sebentar di Colombo.
HARI 13 : CMB - KLIA 02/4
Insyallah jemaah akan sampai ke Kuala Lumpur jam 1.30 petang. Semoga Allah memberikan taufiq & hidayah serta umrah yang mabrur kepada semua jemaah Amin…….
PENGINAPAN:
HOTEL DI MADINAH : FAYROOZ SHATTA @SETARAF
HOTEL DI MAKKAH : QASRUL FAISAL@SETARAF
*NOTA: HARGA,TARIKH DAN ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PINDAAN
HARGA PAKEJ TERMASUK
ü Tiket kapalterbang kelas ekonomi.
ü Cukai dan insuran Lapangan terbang.
ü Pengangkutan darat (seperti aturcara).
ü Makan & minum
ü Lawatan seperti aturcara.
ü Perkhidmatan Mutawwif.
ü 10 Liter Air Zam-Zam.
ü 1 bag passport, 1 bag sandang dan 1 buku panduan umrah.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
* Apa-apa perbelanjaan yang tidak terdapat di atas.
* Tips untuk pemandu pelancong, pemandu dan potter.
* Lebihan bagasi.
* Perbelanjaan peribadi spti telefon, dobi dan sebagainya
* Lawatan ke Taif.
* Insuran perjalanan RM 45.00 Takaful Ikhlas
TEMPAHAN DAN KETERANGAN SILA HUBUNGI
UST AZHAR : 010 – 220 5436
HJ MOKHDZAR : 016 – 268 7272