3.1 US Dollar
US Dollar dikenali sebagai Raja kepada matawang dunia. Hampir semua negara menyandang matawang mereka dengan US Dollar termasuk juga komoditi seperti emas dan minyak. Negara US adalah sebuah negara yang mempunyai deficit kerana negara ini banyak mengimport daripada mengeksport.
US Dollar sangat sensitive dengan indicator ekonomi seperti GDP, Employment Rate dan Interest rate. Maklumat daripada indicator tersebut akan memberi kesan langsung kepada US Dollar. US Federal Reserve bertindak sebagai bank pusat yang mengawal ekonomi dan inflasi negara US.
3.2 EURO
Matawang Euro adalah gabungan EuroZone yang terdiri daripada 15 buah Negara Eropah kecuali United Kingdom. Euro diwujudkan pada tahun 1999 sebagai mengawal dominasi US Dollar dalam pasaran matawang.
Perdagangan Euro banyak antara sesama negara Euro juga dan negara US. Namun begitu disebabkan Euro adalah gabungan beberapa negara ini akan memberi kesan kepada Euro sekiranya ada negara dalam Euro ini mempunyai masalah ekonomi negara seperti yang dialami oleh Greece sekarang. European Centre Bank adalah bank pusat yang bertanggunjawab mengawal inflasi negara Euro.
3.3 Pound Sterling
Matawang pound sterling ada matawang negara United Kingdom. Namun begitu keadaan ekonomi di negara-negara Euro akan memberi kesan kepada ekonomi UK juga adalah disebabkan bentuk ekonomi kedua-dua negara ini sama dan kedua-dua negara banyak berdagang sesama mereka.
UK juga dikenali sebagai negara pengeluar tenaga (Energy Producer). Walaupun UK mempunyai sumber tenaga yang terhad tetapi UK masih mampu menjadi pengeluar tenaga yang utama selain daripada Canada. Kenaikan harga sumber tenaga seperti minyak dan gas akan menyebabkan kenaikan ekonomi UK.
3.4 Yen
Jepun adalah negara ekonomi kedua selepas US. Negara Jepun mempunyai nilai eksport yang lebih tinggi berbanding nilai import. Trade balance Jepun sentiasa dalam keadaan surplus. Namun begitu, Jepun mempunyai sumber bumi yang sangat terhad. Hampir 100% sumber tenaga daripada minyak dan gas diimport dari luar.
Kadar inflasi negara Jepun adalah tinggi berbanding dengan negara-negara lain namun begitu ekonomi nya tidak pernah lumpuh. Bank of Japan adalah bank pusat bagi negara Jepun yang bertanggungjawab terhadap kadar faedah negara tersebut.
3.5 Australia Dollar
Australia dikenali sebagai sebuah negara komoditi kerana sumber utama pendapatan negara adalah melalui sector komoditi seperti perlombongan emas, perternakan dan pertanian. Kenaikan harga kepada komoditi akan memberi kesan kenaikan kepada ekonomi Australia.
3.6 New Zealand Dollar
New Zealand juga dikenali sebagai Negara komoditi dan mempunyai ekonomi yang sangat mirip dengan ekonomi Negara Australia.
3.7 Canada Dollar
Canada juga adalah Negara komoditi. Canada mempunyai simpanan sumber tenaga yang banyak seperti minyak dan gas. Canada juga mempunyai pertanian, perternakan dan perlombongan emas. Bank of Canada adalah bank pusat yang bertanggungjawab mengawal inflasi negara tersebut.
3.8 Swiss Dollar
Switzerland dikenali sebagai Negara bank. Switzerland mempunyai ekonomi dan matawang yang stabil. Kestabilan ekonomi amatlah pentingan bagi Switzerland bagi menarik minat penyimpan ke dalam bank negaranya. Matawang Switzerland juga dikenali sebagai matawang “safe haven”. Switzerland Nasional Bank bertanggungjawab mengawal inflasi negara ini.
No comments:
Post a Comment